Friday, September 19, 2008

BeTaPa KiTa TeRLaLu MeMeRLuKaN KHiLaFaH iSLaMiYYaH

Assalamua'laykum..

Hasil usaha dari seorang teman penulis,penulis telah 'dihadiahkan' dengan satu video yang sangat menarik untuk tatapan dan perkongsian bersama teman2 sekalian.Penulis letakkan di bawah untuk dihayati:


Bagaimana?Ada terasa apa2?Buat hati yang kukuh dan mendalam imannya seperti para tetamu sekalian,penulis jangkakan semangat berkobar-kobar pasti timbul untuk menegakkan dan mengembalikan khilafah Islamiyyah yang telah hilang semenjak 1924 yang lalu.Malah sahabt penulis sendiri yang penulis kira kuat jiwanya hampir menitiskan air mata menonton video ini.Jesteru itu penulis yakin,hatta yang tipis imannya pun paling tidak akan meremang juga bulu romanya..Bagi yang tidak terasa apa2,sama-sama kita doakan sahaja moga sinar iman dan roh persaudaraan dan ukhuwah Islam meresap didalam jiwa mereka.

Hakikatnya kita yakni umat Islam sebenarnya terlalu,ya terlalu memerlukan sebuah khilafah untuk memayungi segenap pelosok umat Islam yang berselerak di merata dunia.Sebuah tunjang dan tiang yang menjadi tempat berpaut dan ikatan dalam setiap jiwa dan roh umat Islam.Dan hati ini lebih merasakan perlunya melihat khilafah ditegakkan bersandarkan kepada situasi umat Islam yang tertindas di bumi Tuhan ini selepas Khilafah Turki Uthmaniyyah tumbang ditangan si sekular Mustafa Kamal Attaturk 83 tahun yang lampau.Saat itu memang derita umat Islam berpanjangan tanpa ada penghujung.Panjang untuk penulis senaraikan,bermula dari arahan serangan ke atas wilayah Islam Asia Tengah oleh Lenin pada April 1918 hinggalah kepada krisis Lubnan 2006,jutaan nyawa umat Islam melayang hasil tindakan kejam US,Soviet,Israel dan sekutu2 kuffar mereka.Yang selamat hanyalah umat Islam yang tunduk kepada nafsu serakah penjajah dengan menjadikan ideologi kaum kuffar itu sebagai asas perlembagaan dan undang-undang negara.Jika ada yang mengangkat tangan untuk memperjuangkan Islam yang syumul,maka akan dimomokkan kepada masyarakat antarabangsa betapa 'radikal' dan 'fanatik'nya pejuang-pejuang Islam ini.Contoh paling mudah ialah Taliban yang sering difitnah oleh pimpinan antarabangsa.Penulis belum lupa bagaimana masyarakat antarabangsa lebih mementingkan patung Buddha daripada nyawa anak2 Afghanistan yang hampir mati kebuluran.Kononnya demi warisan sejarah.Berbelanja besar untuk memindahkan patung boleh,memberikan bantuan kemanusiaan,bekalan makanan sikit punya payah.Waduhh.. murah benar nyawa anak2 Islam kita rupanya.

Penulis pernah terbaca berkenaan sebuah buku.Maaf,penulis sudah terlupa tajuknya.Maklumlah,dah bertahun penulis membacanya.Zaman-zaman awal remaja dahulu Smile.Ia membincangkan berkenaan Kerajaan Turki Uthmaniah yang menurut sang penulis,jika khilafah Islam itu masih wujud,maka kekuatan ekonominya akan menyamai gabungan kekuatan ekonomi Amerika Syarikat dan China.Wah,hebatnya!!Penulis bersetuju dengan pandangan ini memandangkan simpanan minyak yang menjadi komoditi utama dunia banyak tersimpan di dalam perut bumi bekas tanah penguasaan Turki Uthmaniyyah dahulukala.Bayangkan jika khilafah masih wujud,sudah tentu yang menguasai dunia adalah kita dan bukan tangan2 kejam golongan kafir harbi seperti sekarang.

Penulis melihat OIC sebagi satu medan untuk penyatuan umat Islam.Malah satu permulaan kepada terbentuknya kembali khilafah Islamiyyah.Ya,boleh,meski kita terbahagi kepada pelbagai negara.Zaman dahulu juga wujud pelbagai dinasti dan empayar seperti Empayar Saljuk,Fatimiyyah dan Khwarizam Syah.Tetapi semuanya berpaksikan dan bernaung di bawah khilafah Islam Abbasiyyah atau Umayyah (mengikut zaman mereka).Dan akhirnya umat Islam tetap kekal kuat.Namun,OIC gagal kerana didalamnya wujud negara-negara sekular.Yang Islam hanya pada nama.Jesteru itu tiada kekuatan kerana pegangan mereka sekular.Sebab itu apabila OIC berbunyi sedikit berkenaan isu Chechnya (jika penulis tidak silap) maka Russia pantas mengatakan, "Jangan banyak songeh.Duduk diam-diam!".Terpaku OIC.Bayangkan 56 buah negara tak boleh buat apa2 terhadap satu negara.Lucu,ya lucu dan bodoh sekali.

Begitulah akibatnya penggabungan tanpa berasaskan Islam yang sebenar.Penggabungan yang kebanyakannya demi memenuhi tuntutan rakyat dan kelansungan pemerintahan mereka.
Jesteru apa yang harus kita lakukan bagi menegakkan kembali Khilafah yang telah tumbang itu?Bersatulah.Bagaimana?Bersatulah semuanya dibawah Islam,dibawah kepimpinan yang mahu menegakkan Islam,bukan di bawah pimpinan fasik yang korup lagi rasuah seperti yang berlaku di beberapa buah negara umat Islam.Gerakkan kerja dan menangkan gerakan Islam di tempat dan negara masing-masing.InsyaAllah penyatuan tersebut akan akan menjadi kenyataan berkat pertolongan dariNya.
Sama-sama kita tegakkan Islam.Allahuakbar!!

1 comment:

مَعهَدين الُمعلمْ said...

salam..
mcm mane nk letak welcome to my blog kat bawah tu??
ajar skit..
:)