Thursday, February 12, 2009

Hakikat Sebenar Valentine

Paderi St. Valentino merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.
Rasulullah lahir pada 12 Rabiulawal manakala tarikh kejayaan St. Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Tetapi apa yang peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri.
Setiap tahun 14 Februari diingati sebagai Hari Kekasih yang di kalangan sesetengah umat Islam amat rugi jika dilupakan. Hari ini ia disambut lagi dengan pelbagai acara yang dianggap oleh pasangan kekasih paling istimewa. Ada yang saling bertukar-tukar bunga ros, mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga dan sebagainya. Ada pula yang berpendapat, Hari Mengingati Kekasih juga adalah untuk mengingati orang lain yang dikasihi selain kekasih seperti ibu bapa dan sebagainya.
Misalnya, di Sarawak tahun lalu, media-media tempatannya juga tidak terkecuali. Tanpa mengira sama ada sidang pengarangnya terdiri daripada umat Islam atau tidak, ada media yang mengucapkan Selamat Hari Valentine, menganjurkan Pertandingan Hari Valentine malah ada juga media Melayu tempatan yang menganggap Hari Valentine sebagai legenda pada tajuk salah satu rencananya. Malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.
Siapakah sebenarnya orang yang bernama Valentine ini sehingga diangkat begitu agung sekali dan di kalangan umat Islam sendiri popularitinya melebihi Rasulullah.
Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St. Valentino merupakan seorang paderi paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.
Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakon semula kejayaan tentera Ratu Cordova Isabella itu. Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih.
Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana lain agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.
Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara sementara paderinya itu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri.
Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu begitu istimewa lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia yang telah pun berlalu. Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu. Jika pun ingin mengingati seseorang yang dikasihi (isteri, bukan kekasih) atau orang-orang yang disayangi yang lain, tidak semestinya ia disambut pada setiap 14 Februari sahaja, malahan tiap-tiap hari dalam setahun.
Sambutan boleh juga dijalankan pada setiap kali tibanya hari kelahiran orang-orang yang disayangi melalui acara-acara yang lebih diredai seperti berkenduri doa selamat atau sebagainya. Bukankah Rasulullah sepatutnya lebih diingati setiap tahun kerana bagindalah manusia yang paling mencintai umatnya dan akan memberikan kepada kita semua 'Syafaat' di hari kemudian.

Ulasan:Mereka jadikan guru-guru mereka dan pendeta mereka sebagai Tuhan-tuhan selain Allah, dan (juga) al-Masih ibnu Maryam, padahal mereka tidak diperintah, melainkan supaya menyembah Tuhan yang Satu, yang tiada Tuhan, melainkan Dia,Maha Suci Dia dan apa yg mereka persekutukan! [at-Taubah:31]


siapa lagi nak ikut sunnah Nabi SAW kita kalau bukan kita? tapi umat Islam ikut cara orang kafir. sedangkan kita dilarang mengikut cara kehidupan agama mereka termasuk dalam politik, perbankan,dll yang membawa kepada kehancuran umat.
maksud firman:

dan Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepadamu (Muhammad) sehingga kamu mengikut jejak langkah mereka (al-Baqarah:119)

bukankah Valentine itu punca gejala sosial umat Islam dewasa ini? umat Islam berzina dan bergaul tanpa batasan sudahlah kehidupan sedia ada jauh menyimpang daripada Islam.

maksud firman:
sesungguhnya setiap orang beriman itu adalah bersaudara (al-Hujurat:10)

wallahu a'lam

5 comments:

Gjoe. said...

btl2...ak sokong pe yg ko ckp 2...wtpe nk amalkn bnde2 xelok n xtau pe puncanyer...nie sume pengaruh budaya barat yg xabs2 nk mnyesatkn umat islam...

MUHAMAD AZHAR BIN IBRAHIM YACOB said...

iya benar sekali perkara ini tetapi berapa ramaikah umat islam yang mahu mendengarnya.

Anonymous said...

Bagaimana PAS membentuk Negara Islam

anda masih ingat benda ni di TM group?

i'm waiting.......

MUHAMAD AZHAR BIN IBRAHIM YACOB said...

iya jangan risau tapi saya sudah serahkannya kepada rakan saya

Anonymous said...

rasanya dah laam dah. dari bulan 8 hari tu lagi. mana postnye? kami kat TM gruop ni duk tertunggu2 ni...