BAITULMAQDIS 23 Feb. - Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menggantung ketua perunding kerajaan dalam rundingan gencatan senjata dengan Hamas setelah beliau mengkritik pendirian Olmert dalam mengendalikan rundingan tajaan Mesir itu.
Amos Gilad yang juga ketua jabatan politik di Kementerian Pertahanan sudah lama menjadi ketua perunding kerajaan Olmert dalam rundingan di Mesir.
Radio Israel hari ini melaporkan, Olmert tersinggung dengan sebuah artikel dalam akhbar pada minggu lepas yang memetik Gilad sebagai berkata, pendekatan tidak konsisten kerajaan terhadap rundingan gencatan senjata itu merupakan satu 'penghinaan' kepada Mesir.
Selain menggantung Gilad, Olmert juga telah meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam menjalankan siasatan untuk memastikan sama ada kritikan yang disiarkan itu boleh dianggap sebagai perbuatan mengingkari ketua, lapor radio tersebut.
Kenyataan Gilad dalam akhbar Maariv itu dipercayai merujuk kepada tuntutan Olmert supaya Hamas bersetuju untuk membebaskan askar Israel yang ditawan, Gilad Shalit sebagai syarat untuk rejim Yahudi itu menarik balik sekatan ke atas Genting Gaza. - Reuters
Sumber: Utusan Malaysia 24/02/09
Ulasan:
Apakah agenda di sebalik penggantungan ketua perunding yang telah lama berkhidmat ini? Apa pun agenda Ehud Olmert, namun yang pasti dia masih tetap berusaha membebaskan seorang askarnya yang telah lama ditawan Hamas, Gilad Sharit.
Hanya kerana seorang askar biasa yang ditawan, pemimpin Yahudi ini bersungguh-sungguh untuk membebaskannya sehingga ‘ribuan nyawa’ umat Islam melayang hanya kerana untuk mendapatkan semula ‘satu nyawa’ Yahudi. Inilah kesungguhan Yahudi. Malangnya pemimpin negara umat Islam yang berjumlah lebih 50 orang, tidak ada seorang pun bertindak untuk memerangi Israel yang telah membunuh ribuan nyawa umat Islam dan mencederakan ribuan yang lain. Juga, para pemimpin umat Islam yang hina ini tidak pernah mengambil kisah akan ribuan umat Islam yang dipenjara dan diseksa dengan bukti yang nyata di penjara Abu Ghraib, Guntanamo Bay dan sebagainya.
Dalam perkembangan yang berkaitan, The Age melaporkan bahawa Hamas bersedia mengiktiraf Israel sekiranya Israel berundur ke sempadan yang telah wujud sebelum 1967.
Jika benarlah berita ini, maka kita sekali lagi menyaksikan pengkhianatan yang dilakukan oleh kumpulan yang sepatutnya membebaskan keseluruhan tanah Palestin, namun memilih untuk menyerahkan sebahagian tanah yang dirampas (sebelum 1967) kepada pihak musuh yang merampas!
Walaupun Hamas di sebut-sebut sebagai pemerintah Palestin yang sah kerana telah memenangi pilihan raya pada 2006, namun ternyata peperangan saudara yang terjadi antaranya dengan Fatah dan beberapa sebab lain lagi telah meletakkan Hamas hanya menguasai Gaza sahaja, manakala Tebing Barat dikuasai oleh Fatah.
Bagi pengkaji politik, masuknya Hamas di dalam pilihan raya Palestin hanyalah menunjukkan bahawa Hamas telah masuk ke dalam perangkap demokrasi yang dicipta AS dan Israel. Fatah telah lama ditolak oleh rakyat Palestin kerana gagal dan tidak lagi menunjukkan yang mereka berjuang untuk menyelamatkan rakyat Palestin, sebaliknya Fatah hanyalah sebuah parti sekular yang memihak kepada Barat dan Israel.
Bagaimanapun, AS tetap memerlukan perjanjian damai di Palestin diteruskan, dan AS melihat bahawa dengan ‘membawa masuk’ Hamas ke dalam pilihan raya, cita-cita mereka (untuk meneruskan perjanjian damai dan umat Islam mengiktiraf Israel) akan berjaya sekiranya Hamas masuk dalam sistem demokrasi, sebagaimana Fatah. Umat Islam gagal melihat perancangan AS ini yang cuba menggantikan atau setidak-tidaknya menggabungkan agen lama (Fatah) dengan orang baru (Hamas). Ini kerana agen yang lama sudah tidak mendapat kepercayaan, maka perlu ‘disahkan’ (melalui pilihan raya) sebuah kumpulan baru yang dapat memberi harapan kepada umat. Hakikantnya, ia bertujuan memberi harapan kepada AS dan Isreal agar tetap dapat menyambung perjanjian damai dan Israel seterusnya akan diiktiraf di bumi Palestin, oleh kumpulan baru (dan termasuk kumpulan lama) ini.
Umat Islam terkeliru melihat baik Hamas mahupun Fatah sebagai menentang regim zionis, kerana masing-masing mempunyai sayap tentera mereka sendiri. Ramai beranggapan dan menaruh harapan yang perjuangan mereka adalah untuk mengusir Yahudi ‘secara total’ dari tanah yang dijajah pada tahun 1948. Namun, hakikatnya apa yang Hamas dan Fatah perjuangkan hanyalah untuk mengusir Yahudi dari kawasan yang dijajah pada tahun 1967 sahaja, yakni mereka sebenarnya hanya ingin mengusir Yahudi dari ‘sebahagian’ tanah Palestin sahaja, bukan keseluruhannya [lihat peta Palestin]. Ironisnya Yahudi sudah lama hidup aman dan damai di dalam wilayah yang diduduki sebelum tahun 1967 (pre -1967).
Segala bentuk perjanjian damai, genjatan senjata dengan regim Israel adalah muncul akibat kebodohan dan pengkhianatan pemimpin-pemimpin Arab terhadap umat Islam dan tanah suci Palestin. Rangka Perjanjian damai di antara Israel dan Palestin dengan inisiatif Amerika iaitu sekutu rapat Israel adalah atas dasar peperangan tahun 1967 di mana Yahudi telah merampas Gaza, Tebing Barat (nasib Baitul-Maqdis tidak dinyatakan dengan jelas) dan Bukit Sinai [Lihat United Nation Security Council resolution 242 ] yang akhirnya ditafsirkan mengikut kepentingan Amerika dan Israel.
Segala bentuk pertikaian dan konflik berpanjangan adalah disebabkan kesamaran klaus "Withdrawal of Israeli armed forces from territories occupied in the recent conflict (1967)" (keluar dari wilayah yang diduduki pada tahun 1967) yang mana menurut tafsiran Israel tidak bermaksud "Withdrawal of Israeli armed forces from all territories occupied in the recent conflict", (keluar dari semua wilayah yang diduduki pada tahun 1967).
Oleh yang demikian, jika benar Hamas akan mengiktiraf Israel jika Isreal keluar dari wilayah yang diduduki pada 1967, Hamas dengan sendirinya telah mewarisi pengkhianatan regim lama yang sudah tidak dipercayai oleh umat Islam lagi. Secara sengaja atau tidak, ianya memberi talian hayat kepada Israel untuk hidup lebih aman di tanah kita semua yang telah mereka rampas. Semoga apa yang dilaporkan The Age adalah salah dan hanya merupakan satu fitnah terhadap Hamas.
Apa pun, nampaknya tidak ada penyelesaian lain bagi masalah Palestin sehinggalah munculnya seorang Khalifah yang memerintah dengan Kitabullah dan Sunah RasulNya, yang akan menghantar tentera bagi memerangi Yahudi habis-habisan sehinggalah batu dan pokok akan berkata, wahai kaum Muslimin, ada Yahudi di belakangku, datanglah dan bunuhlah dia...Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment