Wednesday, March 18, 2009

Sajak-Dimana silapnya


Setelah 1400 tahun berkuasa,
Kenapa kini kita lemah,
setelah 1400 tahun penuh kemuliaan,
Kenapa kita kini dihina.

Dimana silapnya,
Apakah muslimin masih tidak ramai,
Apakah muslim tiada kelengkapan,
Apakah muslim masih kurang keimanan,

Ingatlah tika 600 tahun yang lalu,
Tanpa persenjataan yang moden,
Sultan Muhammad Al-Fateh Menawan Konstantinople,
Apakah Rahsianya wahai kaum Muslimin,

Kenapa mereka berjaya,
Kerana Mereka menurut Al-quran dan As-sunnah,
Kenapa kita gagal,
Kerana kita mengabaikan kedua-duanya.

Kita rela menggunakan sistem kuffar,
Demokrasi,sekularis dan liberalis,
Namun sedikit sahaja yang mahu berusaha seperti para salafus salih,
Kita mengabaikan ilmu pengetahuan dan manhaj yang benar.

Apakah Muslimin masih tidak layak mendapat kemenangan,
Apakah Muslimin dapat menjadi sebaik-baik ummat,
tidak kami masih terlalu lemah ya Rasulullah,
Kau telah tinggalkan kami Al-Quran dan As-sunnah,

Namun golongan kuffar lebih mengkajinya,
Kami hanya menganggapnya umpama mantra-mantra sakti,
Hanya membacanya namun untuk mengkajinya jauh sekali,
Maka tidak hairan kami hilang kemuliaan 85 tahun yang lalu.

Dimana silapnya,Dimana silapnya.

Samurouh Bin Razali,
18 Mac 2008,
22 Rabiulawal,
Khamis.

2 comments:

Wanita Mustanir said...

Salam, well anta sahut cabaran..

Ana rasa ada silap sket kot.. 1300 jadikan 1400..

Wallahua'lam..

Samurouh Al-Fahri said...

wslm,k ana terlupa nak kira sbb bergegas nak publishkan sajak ni