Monday, December 15, 2008

Minyak dan penyelesaiannya menurut islam




Minyak adalah sumber tenaga manusia dan merupakan bahan galian yang disebut sebagai ma’ul addi (galian yang tidak putus) dalam istilah fiqh. Ia termasuk dalam perbincangan nas syarak tentang pemilikan umum dalam sifatnya sebagai:-

(1) sumber bahan api
(2) melimpah-ruah (kuantiti yang besar)

Adapun sifatnya sebagai bahan api (tenaga), ini sebagaimana diterangkan oleh Rasulullah saw,

“Kaum Muslimin bersekutu kepada tiga perkara iaitu air, api dan padang rumput” [HR Ahmad, Abu Daud dan juga Ibn Majah; Sunan Ibn Majah, Al-Ahkam, no #2743].

Imam As-Syaukaani memberi komentar berkenaan dengan lafaz (an-nar - api) dalam hadis tersebut, dikatakan sebagai,

“kayu-kayan yang dijadikan bahan pembakar untuk kegunaan manusia, ada yang mengatakan untuk mendapatkan pelita dan sinaran cahaya daripadanya, dan ada yang mengatakan bahawa ia adalah arang batu yang dapat menjadi bahan pembakar yang berada di tanah mati.” [Nailul Authar, As-Syaukaani, Ihya Ulmawat]

Meskipun ada perbezaan pendapat yang diutarakan oleh Imam As-Syaukani, tetapi maksud ‘api’ itu tidak dapat lari dari makna sumber bahan api (sumber tenaga). Jadi, petroleum yang ada hari ini yang digunakan sebagai sumber tenaga dan untuk menjana kuasa elektrik adalah termasuk. Ia dapat dikategorikan dalam makna ‘api’ dalam hadis ini. Jadi adalah salah untuk ia di monopoli oleh syarikat kapitalis atau negara kerana ia adalah milik umum umat Islam.

Adapun sifatnya petroleum sebagai bahan yang berkuantiti besar (ma’ul addi/air yang tidak putus) yang memasukkannya ke dalam milkiatul ammah, ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw yang pernah menarik balik pemberian lombong garam bukit yang kuantitinya banyak yang diberikan kepada Abyad. Sebagai mana dicatat oleh Imam Tarmizi, dalam hadits tersebut, Abyad diceritakan telah meminta kepada Rasul untuk dapat mengelola sebuah tambang garam, lalu Rasul meluluskan permintaan itu, tapi segera diberitahu oleh seorang sahabat,

“Wahai Rasulullah, tahukah engkau, apa yang engkau berikan kepadanya? Sesungguhnya engkau telah memberikan sesuatu yang bagaikan air yang mengalir (maa'ul Addi)” Rasulullah kemudian bersabda: “(Jika begitu) tarik kembali pemberian tersebut darinya". [HR Tarmizi, dipetik dari kitab Nizhamul Iqtisadi Fil Islam, Taqiuddin Nabhani, ms 215].

Tugas negara dalam hal ini adalah menjadi penyelia kepada milik awam, dalam bentuk pembahagian agihan milik awam ini. Adalah haram bagi negara atau mana-mana syarikat untuk mengaut untung dari hasil minyak ini, sebaliknya negara wajib mengagihkannya dengan harga kos atau secara percuma kepada rakyat.


Caliph:Pemimpin seharusnya menyedari islam bukan sekadar agama sahaja malah merupakan solusi dan cara kehidupan kita.Tidakkah kita menyedari akan haramnya mengambil keuntungan terhadap benda yang ditakrifkan sebagai milkiatul ammah atau milik ummah ???Ternyata pihak sekular hanya mencari peluang dalam menindas rakyat dan tidak berhukum dengan hukum Allah swt seratus-peratus.wahai puak sekular renungkanlah dan bacalah surah Al-Maidah dari ayat 44-47 nescaya kalian akan takut mempermainkan hukum-hukum Allah swt.

No comments: