Sunday, January 11, 2009

Palestin jangan kita hentikan usaha


Setiap hari membelek berita berkenaan Palestin, setiap hari rasa pedih dan adakalanya terasa seolah tdk mahu mendengar sbntar laporan berita b'kenaan kerna sukar menahan rasa sakitnya. Sudah hari kesepuluh dan serangan semakin ganas. Sekitar 550 orang Palestin telah diragut nyawanya termasuk kanak-kanak dan wanita serta orang awam, manakala seramai 2500 lagi cedera.
Bekalan ubatan, makanan dan perkara asas semakin kurang. Hospital dan doktor amat terhad dan laporan berita menyatakan ada doktor yang tidak sempat tidur sama sekali. Palestin pula telah terbahagi kepada tiga bahagian, kiri dan kanan telah mula ditembusi oleh Yahudi, hanya bahagian tengah masih belum berjaya ditembusi. Jelas, mereka sedang melakukan penjajahan secara fizikal dan menghilang Palestin dari peta dunia!
Persoalan utama sekarang, apa lagi yang boleh bantu yang benar-benar dikira membantu?? Satu soalan yang saya sendiri turut kerap menyoal diri ini. Saya tiada jawapan yang melegakan, atau jawapan yang membuatkan anda terperanjat kerana ‘di luar kotak'. Namun bagi saya, kita semua boleh membantu berdasarkan rasa kemampuan masing-masing. Siapa boleh lebih, buat lebih, siapa hanya mampu yang kurang, buat jugalah. Keadaan manusia yang berbeza-beza dalam kemampuan ini diiktiraf sendiri oleh Nabi akan kewujudannya. Justeru, jangan harapkan semua orang mampu menjadi terlalu ‘berani seperti anda, terlalu ‘pemurah' seperti anda, terlalu ‘berjasa' seperti anda. Nabi s.a.w bersabda dalam hadis yang sangat popular.
Erti : Sesiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mencegah dengan tangannya, barangsiapa yang tidakmampu, cegahlah dengan lisannya (perkataan dan tulisan), barangsiapa yang tidak mampu, cegahlah dengan hatinya (iaitu dengan rasa benci)"
USAHA KITA : PILIHLAH
Natijahnya, pilihlah salah satu atau lebih dari satu dari tindakan di bawah untuk membantu saudara kita di Palestin yang dijajah dan Palestin yang sedang cuba dijajah.
1) Bantuan tenaga dan diri ; Pergilah ke medan di Palestin, jika anda ada cara, kemampuan dan keikhlasan. Sama ada untuk membantu menghantar bantuan kemanusian, perubatan, psikologi atau yang lebih dahsyat dari itu dari segi fizikalnya..
2) Bantuan Harta : Bagi yang tidak mampu pergi ; sumbanglah bantaun kewangan atau pakaian dan lainnya kepada badan yang dipercayai lagi berwibawa di tempat anda. Agar bantuan tersebut boleh sampai kepada rakyat Palestin yang sedang menderita. Cuaca sejuk kini tidak menentu, di UK kami ditimpa cuaca sejuk luar biasa sehingga (negatif 10) atau -10 darjah celcius. Palestin juga berada dalam cuaca sejuk, sekitar di bawah 10 celcius di sebelah malam
3) Bantuan Doa ; Bagi yang tdk mmpu mberi kedua-dua bantuan di atas, atau termasuk juga mereka yg mampu, teruskan berdoa untuk keselamatan rakyat Palestin, Iraq dan umat Islam, doakan bala bagi Yahudi, pemimpin Amerika dan rakyatnya yang menyokong, pemimpin Mesir dan sekutunya-sekutu mereka yang membuka jalan dan menyokong serangan pengganas Yahudi ini. Doa anda boleh bacanya sebagai :
A: Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu anda, anda dibenarkan untuk memegang kertas doa semasa qunut tersebut kerana tentunya sukar untuk menghafalnya. Itu tidak membatalkan solat dalam semua mazhab termasuk mazhab Syafie kerana andatidak bergerak besar berturut-turt sebanyak tiga kali. Hanya angkat sekali kertas doa, berhenti sebenar kerana membaca, kemduain terus turun sujud, tiada berturut-turut.
B: Doa semasa sujud dalam setiap solat. Ia lebih maqbul berdasarkan nas yang sohih.
C: Khatib bacalah doa untuk Palestin di hujung khutbah Jumaat.
D: Dan banyak lagi waktu doa maqbul.
4) Solat Hajat ; Bagi mereka yang berpegang kepada bolehnya dilakukan solat hajat sama ada secara individu atau berjemaah. Anda turut boleh meneruskannya.
5) Menyertai Demonstrasi Aman : Sertailah ia dengan aman dan makmurkannya, namun jangan lupa juga memakmurkan masjid di kala Subuh dan waktu-waktu lain.

Caliph:Memetik kata-kata pahlawan islam Salahuddin Al-ayubi"Sesiapa yang menguasai Palestin dia akan menguasai dunia"

2 comments:

e-leeyana said...

salam saudara penulis..

semoga terus berjuang membela mereka di sana dan juga seluruh dunia..aminn~

caliphate 1924 said...

inshaallah saudari