Monday, January 5, 2009

Persoalan Logik Buat Analogi Logik Para Penta’sub Demokrasi Buat umat Islam yang mahu berfikir sahaja.....




Seputar Demokrasi dan Pilihanraya sebagai wasilah mendapatkan kekuasaan.

Alasannya, dengan waqi’ Malaysia pada hari ini, demokrasi dan pilihanraya merupakan satu-satunya sahaja jalan terbaik bagi menguasai pemerintahan. Oleh kerana itu wajib bagi umat Islam mengundi parti Islam, bagi mendapatkan kekuasaan melalui 2/3 suara majoriti parliment sekali gus Islam itu dapat didaulat dan diterapkan didalam negara ini.

Persoalannya, apa benar hanya Demokrasi & Pilihanraya sahaja satu-satunya jalan yang ada.? Apakah tidak ada jalan lain yang realeven yang mampu difikirkan. Dan apakah didalam Islam itu tidak ada diajarkan caranya bagaimana meraih kekuasaan. Sedangkan didalam Islam diajar cara membasuh qubul & dubur, didalam Islam diajar cara makan, didalam Islam diajar cara bersetubuh dengan pasangan, didalam Islam diajar cara berjual beli, didalam Islam diajar cara berperang, dan didalam Islam diajar segala-galanya. Tetapi kenapa boleh terjadi didalam Islam yang dikatakan sempurna ini, tidak ada diajarkan cara memerintah dan tidak ada diajarkan cara meraih pemerintahan(kekuasaan) hingga perlu mengambil Demokrasi seraya diIslamkan(disamakan dengan syura dsbnya), dengan mengambil pilihanraya seraya diIslamkan (dengan mewajibkannya). Apa benar-benar sempurnakah Islam in.?


Seputar Demokrasi dan Pilihanraya sama halnya seperti Syura.

Alasannya, Demokrasikan sama halnya dengan syura, suara majoriti rakyat menjadi ukuran.. Jadi sesuai dengan Islam dan boleh diterima pakai sebagai kaedah untuk mendapatkan kekuasaan.

Persoalannya, dari Rasul & nabi yang mana yang mengatakan Demokrasi itu sama halnya dengan syura.?
Dari fakta sahaja didalam Syura itu ahlinya adalah dari kalangan Ahlul Halli Wal’aqdi, mereka adalah tokoh-tokoh umat yang berfikir.
Tetapi dalam Parliment Demokrasi ahli-ahlinyakan berbeza, didalamnya ada penyangak, ada perasuah, ada datuk-datuk yang video scandal sexnya tersebar diinternet, ada perempuan telanjang(tidak menutup aurat), ada yang menolak Islam terang-terangan, ada yang liberal dan lain-lain lagi bahkan ianya dihalalkan dan dibenarkan didalam parliment.
Yang keduanya, didalam Syurakan tugas Ahlul Halli Wal’aqdi ialah memuhasabah pemerintah, tempat memberikan input & output idea-idea yang bernas, tempat mengkritik dan menerima kritikan dangan adab.
Tetapi dalam Parliment Demokrasi berbeza, Ahli-Ahli parliment membentuk rang undang-undang, kemudian diperbahaskan, diperdebatkan, dicela, dicaci maki baru kemudian dibawa keperingkat tertinggi, diluluskan dan diterapkan buat rakyat.
Mana ada didalam syura tempat menggubal undang-undang seperti diparliment. Jadi, hal yang mananya yang dikatakan sama.?


Seputar Waqi’ negara tidak memungkinkan adanya jalan lain bagi meraih kekuasaan.

Alasannya, Waqi’ pada hari ini tidak mengizin atau memungkinkan adanya jalan lain bagi meraih kekuasaan melainkan hanya dengan pilihanraya sahaja. Demokrasi dan Pilihanraya yang berlangsung dinegara ini sudah sebati dengan rakyat dan perlembagaan negaranya. Dengan itu kesempatan yang sebeginilah kita manfaatkan untuk meraih kekuasaan dan kemudian menerapkan Islam.

Persoalannya, kalau dikatakan waqi’ pada hari ini tidak mengizinkan, justeru waqi’ pada saat baginda melakukan Thalabun Nusrah dahulu malahan lebih-lebih lagi tidak mengizinkan berbanding sekarang. Waqi’ baginda sendiri pada saat itu berada didalam keluarga yang pembesar dan masyhur di kota mekkah, pakcik-pakcik juga termasuk datuk baginda terdiri dari kalangan pembesar dan bangsawan di mekkah. Bahkan baginda sendiri pernah ditawarkan jawatan/kekuasaan/pangkat, wanita dan harta yang banyak oleh golongan quraisy asalkan meninggalkan urusan kerjanya. Tetapi apa yang dilakukan baginda adalah tetap pada Thalabun Nusrah, sehingga baginda lebih rela dicerca oleh bani abi sha’ sa’ah, dilempar najis dan dicederakan hingga parah daripada berganjak seinci darinya(Thalabun Nusrah). Kalau difikir dari logik aqal yang sederhana sahaja “Kan adalah lebih baik sahaja baginda menerima jawatan/kekuasaan/pangkat. Setelah berkuasa baginda boleh-boleh sahaja mengingkari kehendak kafir quraisy tadi dan melanjutkan kerja da’wahnya dengan mudah dengan kekuasaan yang dimiliki” ataupun
“Kan adalah lebih baik baginda mempergunakan sahaja pakcik-pakciknya terutamanya Abu Thalib bagi mendapatkan pengaruh dan juga kekuasaannya keatas kota mekkah”. Tetapi aneh, kenapa baginda tidak lakukan sebegitu dan lebih rela dan tetap melakukan Thalabun Nusrah.?


Seputar realeven dan hakikat Demokrasi.

Alasannya, sebahagian besar negara-negara yang ada didalam dunia hari inikan mengamalkan Demokrasi, bahkan termasuk negara-negara maju yang ketamadunannya lebih keterhadapan daripada kita. Ianyakan masih realevent untuk digunakan.

Persoalannya, Apakah benar-benar realeven.? Bagaimana teory kuno yunani ini masih dikatakan realeven untuk digunakan. Secara fakta sejarahnya sahaja system inikan wujud sebelum kedatangan Islam, wujud sebelum Rasulullah saw diutus sebagai Rasul, dan wujud sebelum berdirinya Daulah Islam pertama, ianya lebih kuno daripada system Islam dan lebih ketinggalan zaman lagi daripadanya. Saat kuasa besar Rom & Parsi yang muncul selepas kejatuhan Yunani tidak mengambil system kuno ini, bagaimana umat Islam yang hidup dizaman serba canggih ini boleh mengambil Demokrasi dan beramal dengannya hatta ianya disama tarafkan lagi dengan system-system didalam Islam. Kalaupun dikatakan system ini masih realeven dan sama seperti system Islam, sudah tentu pasti baginda Rasulullah saw yang datang selepas era yunani akan mengambilnya sebagai system sendiri buat umat Islam, tidak perlu diwujudkan system yang baru(system Islam), kerana adalah sesuatu yang mustahil baginda tidak mengenali yunani dan seluruh jalan hidup mereka.


Seputar hakikat sebenar Pilihanraya.

Alasannya, pemilihan calon didalam pilihanraya digunakan sebagai platform untuk menggantikan pemerintahan lama dengan yang baru. Kesempatan seperti inilah yang perlu dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai alat untuk mendapatkan kekuasaan seraya menggantikannya dengan pemerintahan Islam.

Persoalannya, apa benar pemilihan calon didalam pilihanraya umum selama ini bertujuan untuk menggantikan pemerintahan.? Atau adakah tujuan sebenarnya ialah untuk mengangkat Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dan Ahli Parliment yang akan mewakilkan suara rakyat diparliment dimana disanalah nanti mereka akan mengusulkan rang undang-undang, kemudian diperbahas serta perdebatkan dikalangan mereka, dibincangkan, kemudian diluluskan dan kemuncaknya diterapkan buat rakyat. 2/3 suara undi majority didalam parliment itu nantilah yang akan mengambil alih pemerintahan. Bahkan fakta didalam kertas undi itu sendiri membuktikan tidak ada petak “Calon Perdana Menteri/Pemerintah” yang perlu dipangkah, yang ada cuma “Calon Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)” dan “Calon Ahli Parliment”. Jadi apakah benar pilihanraya ini bertujuan menggantikan pemerintahan.? Atau asal tujuannya adalah mengangkat si pembuat hukum(undang-undang).


Seputar kesan buruk tidak memanfaatkan Pilihanraya.

Alasannya, sekiranya umat Islam tidak memanfaatkan pilihanraya ini sebagai alternatif untuk meraih kekuasaan, justeru golongan kufar dan juga sekular akan menjadi bertambah kuat lagi, bahkan mungkin pemerintahan negara ini akan jatuh ketangan orang kafir.

Persoalannya, bagaimana kita boleh begitu pasti sekiranya tidak ikut serta didalam pilihanraya akan menyebabkan golongan kufar dan juga sekular semakin berkuasa, sedangkan kita belum pernah melaksanakannya(memboikot pilihanraya). Secara faktanya, justeru dengan ikut sertanya umat Islam didalam pilihanraya umum inilah golongan kufar(DAP) dan sekular/liberal(PKR) makin bertambah kuat lagi dari sebelum-sebelumnya. Suara mereka yang dahulu tenggelam kini lebih lantang dari suara umat Islam. Bukan itu sahaja, bahkan mereka duduk diparliment sebagai sang pembuat hukum untuk diterapkan keatas pundak kaum muslimin. Apakah ini yang dikatakan sebagai membendung golongan kufar dan sekular dari berkuasa.?


Wahai Kaum Muslimin....

Oleh kerana itulah Rasulullah saw meninggalkan kepada kalian sira’ul fikri, marhalah tasqif, marhalah tafa’ul ma’al ummah dan thalabun nusrah sebagai thariqah(jalan/kaedah) bagi kalian meraih kekuasaan. Baginda tinggalkan juga System Khilafah sebagai system pemerintahan kalian yang didalamnya seluruh syari’at Islam diterapkan secara kaffah. Meninggalkan Demokrasi dan Pilihanraya bukan bererti kalian lari dari memperjuangkan Islam atau dengan erti kata lain tidak berbuat apa-apa untuk Islam, justeru dengan meninggalkan Demokrasi dan Pilihanrayalah kalian dapat kembali semula kepada penyelesaian yang telah ditunjukkan syara’, iaitu dengan penyelesaian yang pernah ditunjukkan nabi, Khilafah dan Thalabun Nusrah. Thariqah yang pernah ditunjukkan Rasulullah saw. Barulah Islam yang kalian sebut-sebut sempurna ini benar-benar sempurna didada-dada kalian. Wallahu’alam....




Sumbangan akhi fisabilillah

No comments: