Showing posts with label usul fiqh. Show all posts
Showing posts with label usul fiqh. Show all posts

Monday, January 5, 2009

Persoalan Logik Buat Analogi Logik Para Penta’sub Demokrasi Buat umat Islam yang mahu berfikir sahaja.....




Seputar Demokrasi dan Pilihanraya sebagai wasilah mendapatkan kekuasaan.

Alasannya, dengan waqi’ Malaysia pada hari ini, demokrasi dan pilihanraya merupakan satu-satunya sahaja jalan terbaik bagi menguasai pemerintahan. Oleh kerana itu wajib bagi umat Islam mengundi parti Islam, bagi mendapatkan kekuasaan melalui 2/3 suara majoriti parliment sekali gus Islam itu dapat didaulat dan diterapkan didalam negara ini.

Persoalannya, apa benar hanya Demokrasi & Pilihanraya sahaja satu-satunya jalan yang ada.? Apakah tidak ada jalan lain yang realeven yang mampu difikirkan. Dan apakah didalam Islam itu tidak ada diajarkan caranya bagaimana meraih kekuasaan. Sedangkan didalam Islam diajar cara membasuh qubul & dubur, didalam Islam diajar cara makan, didalam Islam diajar cara bersetubuh dengan pasangan, didalam Islam diajar cara berjual beli, didalam Islam diajar cara berperang, dan didalam Islam diajar segala-galanya. Tetapi kenapa boleh terjadi didalam Islam yang dikatakan sempurna ini, tidak ada diajarkan cara memerintah dan tidak ada diajarkan cara meraih pemerintahan(kekuasaan) hingga perlu mengambil Demokrasi seraya diIslamkan(disamakan dengan syura dsbnya), dengan mengambil pilihanraya seraya diIslamkan (dengan mewajibkannya). Apa benar-benar sempurnakah Islam in.?


Seputar Demokrasi dan Pilihanraya sama halnya seperti Syura.

Alasannya, Demokrasikan sama halnya dengan syura, suara majoriti rakyat menjadi ukuran.. Jadi sesuai dengan Islam dan boleh diterima pakai sebagai kaedah untuk mendapatkan kekuasaan.

Persoalannya, dari Rasul & nabi yang mana yang mengatakan Demokrasi itu sama halnya dengan syura.?
Dari fakta sahaja didalam Syura itu ahlinya adalah dari kalangan Ahlul Halli Wal’aqdi, mereka adalah tokoh-tokoh umat yang berfikir.
Tetapi dalam Parliment Demokrasi ahli-ahlinyakan berbeza, didalamnya ada penyangak, ada perasuah, ada datuk-datuk yang video scandal sexnya tersebar diinternet, ada perempuan telanjang(tidak menutup aurat), ada yang menolak Islam terang-terangan, ada yang liberal dan lain-lain lagi bahkan ianya dihalalkan dan dibenarkan didalam parliment.
Yang keduanya, didalam Syurakan tugas Ahlul Halli Wal’aqdi ialah memuhasabah pemerintah, tempat memberikan input & output idea-idea yang bernas, tempat mengkritik dan menerima kritikan dangan adab.
Tetapi dalam Parliment Demokrasi berbeza, Ahli-Ahli parliment membentuk rang undang-undang, kemudian diperbahaskan, diperdebatkan, dicela, dicaci maki baru kemudian dibawa keperingkat tertinggi, diluluskan dan diterapkan buat rakyat.
Mana ada didalam syura tempat menggubal undang-undang seperti diparliment. Jadi, hal yang mananya yang dikatakan sama.?


Seputar Waqi’ negara tidak memungkinkan adanya jalan lain bagi meraih kekuasaan.

Alasannya, Waqi’ pada hari ini tidak mengizin atau memungkinkan adanya jalan lain bagi meraih kekuasaan melainkan hanya dengan pilihanraya sahaja. Demokrasi dan Pilihanraya yang berlangsung dinegara ini sudah sebati dengan rakyat dan perlembagaan negaranya. Dengan itu kesempatan yang sebeginilah kita manfaatkan untuk meraih kekuasaan dan kemudian menerapkan Islam.

Persoalannya, kalau dikatakan waqi’ pada hari ini tidak mengizinkan, justeru waqi’ pada saat baginda melakukan Thalabun Nusrah dahulu malahan lebih-lebih lagi tidak mengizinkan berbanding sekarang. Waqi’ baginda sendiri pada saat itu berada didalam keluarga yang pembesar dan masyhur di kota mekkah, pakcik-pakcik juga termasuk datuk baginda terdiri dari kalangan pembesar dan bangsawan di mekkah. Bahkan baginda sendiri pernah ditawarkan jawatan/kekuasaan/pangkat, wanita dan harta yang banyak oleh golongan quraisy asalkan meninggalkan urusan kerjanya. Tetapi apa yang dilakukan baginda adalah tetap pada Thalabun Nusrah, sehingga baginda lebih rela dicerca oleh bani abi sha’ sa’ah, dilempar najis dan dicederakan hingga parah daripada berganjak seinci darinya(Thalabun Nusrah). Kalau difikir dari logik aqal yang sederhana sahaja “Kan adalah lebih baik sahaja baginda menerima jawatan/kekuasaan/pangkat. Setelah berkuasa baginda boleh-boleh sahaja mengingkari kehendak kafir quraisy tadi dan melanjutkan kerja da’wahnya dengan mudah dengan kekuasaan yang dimiliki” ataupun
“Kan adalah lebih baik baginda mempergunakan sahaja pakcik-pakciknya terutamanya Abu Thalib bagi mendapatkan pengaruh dan juga kekuasaannya keatas kota mekkah”. Tetapi aneh, kenapa baginda tidak lakukan sebegitu dan lebih rela dan tetap melakukan Thalabun Nusrah.?


Seputar realeven dan hakikat Demokrasi.

Alasannya, sebahagian besar negara-negara yang ada didalam dunia hari inikan mengamalkan Demokrasi, bahkan termasuk negara-negara maju yang ketamadunannya lebih keterhadapan daripada kita. Ianyakan masih realevent untuk digunakan.

Persoalannya, Apakah benar-benar realeven.? Bagaimana teory kuno yunani ini masih dikatakan realeven untuk digunakan. Secara fakta sejarahnya sahaja system inikan wujud sebelum kedatangan Islam, wujud sebelum Rasulullah saw diutus sebagai Rasul, dan wujud sebelum berdirinya Daulah Islam pertama, ianya lebih kuno daripada system Islam dan lebih ketinggalan zaman lagi daripadanya. Saat kuasa besar Rom & Parsi yang muncul selepas kejatuhan Yunani tidak mengambil system kuno ini, bagaimana umat Islam yang hidup dizaman serba canggih ini boleh mengambil Demokrasi dan beramal dengannya hatta ianya disama tarafkan lagi dengan system-system didalam Islam. Kalaupun dikatakan system ini masih realeven dan sama seperti system Islam, sudah tentu pasti baginda Rasulullah saw yang datang selepas era yunani akan mengambilnya sebagai system sendiri buat umat Islam, tidak perlu diwujudkan system yang baru(system Islam), kerana adalah sesuatu yang mustahil baginda tidak mengenali yunani dan seluruh jalan hidup mereka.


Seputar hakikat sebenar Pilihanraya.

Alasannya, pemilihan calon didalam pilihanraya digunakan sebagai platform untuk menggantikan pemerintahan lama dengan yang baru. Kesempatan seperti inilah yang perlu dimanfaatkan oleh umat Islam sebagai alat untuk mendapatkan kekuasaan seraya menggantikannya dengan pemerintahan Islam.

Persoalannya, apa benar pemilihan calon didalam pilihanraya umum selama ini bertujuan untuk menggantikan pemerintahan.? Atau adakah tujuan sebenarnya ialah untuk mengangkat Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) dan Ahli Parliment yang akan mewakilkan suara rakyat diparliment dimana disanalah nanti mereka akan mengusulkan rang undang-undang, kemudian diperbahas serta perdebatkan dikalangan mereka, dibincangkan, kemudian diluluskan dan kemuncaknya diterapkan buat rakyat. 2/3 suara undi majority didalam parliment itu nantilah yang akan mengambil alih pemerintahan. Bahkan fakta didalam kertas undi itu sendiri membuktikan tidak ada petak “Calon Perdana Menteri/Pemerintah” yang perlu dipangkah, yang ada cuma “Calon Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)” dan “Calon Ahli Parliment”. Jadi apakah benar pilihanraya ini bertujuan menggantikan pemerintahan.? Atau asal tujuannya adalah mengangkat si pembuat hukum(undang-undang).


Seputar kesan buruk tidak memanfaatkan Pilihanraya.

Alasannya, sekiranya umat Islam tidak memanfaatkan pilihanraya ini sebagai alternatif untuk meraih kekuasaan, justeru golongan kufar dan juga sekular akan menjadi bertambah kuat lagi, bahkan mungkin pemerintahan negara ini akan jatuh ketangan orang kafir.

Persoalannya, bagaimana kita boleh begitu pasti sekiranya tidak ikut serta didalam pilihanraya akan menyebabkan golongan kufar dan juga sekular semakin berkuasa, sedangkan kita belum pernah melaksanakannya(memboikot pilihanraya). Secara faktanya, justeru dengan ikut sertanya umat Islam didalam pilihanraya umum inilah golongan kufar(DAP) dan sekular/liberal(PKR) makin bertambah kuat lagi dari sebelum-sebelumnya. Suara mereka yang dahulu tenggelam kini lebih lantang dari suara umat Islam. Bukan itu sahaja, bahkan mereka duduk diparliment sebagai sang pembuat hukum untuk diterapkan keatas pundak kaum muslimin. Apakah ini yang dikatakan sebagai membendung golongan kufar dan sekular dari berkuasa.?


Wahai Kaum Muslimin....

Oleh kerana itulah Rasulullah saw meninggalkan kepada kalian sira’ul fikri, marhalah tasqif, marhalah tafa’ul ma’al ummah dan thalabun nusrah sebagai thariqah(jalan/kaedah) bagi kalian meraih kekuasaan. Baginda tinggalkan juga System Khilafah sebagai system pemerintahan kalian yang didalamnya seluruh syari’at Islam diterapkan secara kaffah. Meninggalkan Demokrasi dan Pilihanraya bukan bererti kalian lari dari memperjuangkan Islam atau dengan erti kata lain tidak berbuat apa-apa untuk Islam, justeru dengan meninggalkan Demokrasi dan Pilihanrayalah kalian dapat kembali semula kepada penyelesaian yang telah ditunjukkan syara’, iaitu dengan penyelesaian yang pernah ditunjukkan nabi, Khilafah dan Thalabun Nusrah. Thariqah yang pernah ditunjukkan Rasulullah saw. Barulah Islam yang kalian sebut-sebut sempurna ini benar-benar sempurna didada-dada kalian. Wallahu’alam....




Sumbangan akhi fisabilillah

Wednesday, September 3, 2008

Bolehkah wanita berdakwah melalui nasyid


Umat Islam terutamanya para muda mudi amat memintai muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.Saya akan menulis lanjut tentang hal ini kemudian, InshaAllah. Dalam penulisan ini, saya ingin mengajak pembaca melihat peranan kaum wanita muslimah dalam industri nasheed ini. Adakah ianya halal atau sebaliknya?Suara WanitaMajoriti ulama berfatwa suara wanita bukanlah aurat. Dalilnya mudah iaituأنَّ رسول الله ـ صلَّى الله عليه وسلَّم ـ قال: "يا معشر النساء تصدقن وأكثرن الاستغفار؛ فإنِّي رأيتكنَّ أكثر أهل النار، فقالت امرأة جزلة منهنَّ: وما لنا يا رسول الله أكثر أهل النار؟ فقال: تكثرن اللعن، وتكفرن العشير"..Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita : Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)Saya bukan ingin mengulas isi kandungan hadith itu, tetapi ingin membawakan bukti bahawa suara wanita dalam keadaan biasa bukanlah aurat. Pertanyaan secara langsung wanita itu membuktinya. Selain hadith ini, banyak lagi hadith-hadith lain yang membuktikan suara wanita bukan aurat. Hasilnya, pandangan terkuat dalam mazhab Hanafi, yang muktamad dalam Maliki, Syafie dan Hanbali menganggap suara wanita bukanlah aurat.Berubah Menjadi AuratBagaimana hukum jika seorang wanita itu melembut dan memanjakan suara di hadapan lelaki bukan mahram?.Inilah perbincangan saya.Tidak dapat dinafikan lagi jika demikian keadaannya, sudah tentu ia diharamkan oleh Islam."eh ustaz, sedapnya suara wanita tadi ye" kata seorang rakan saya" yang mana satu ni?" Tanya saya sambil cuba mengingat kembali."ala, yang sekali meeting dengan kita tadi le" katanya menjelaskan."Sedap macam mana tu" tanya saya menduga"ish..naik le bulu roma saya dan kalau boleh nak dengar tiap-tiap hari suara dia, astaghfirullah, eh.. dosa ke ustaz, suara bukan aurat kan ?" katanya sambil tersenyum kambing.Bayangkan bagaimana keterlanjuran kata oleh siswa ini di hadapan saya. Wanita perlu mengetahui betapa lemahnya lelaki di hadapan mereka. Lelaki secara umumnya (kecuali yang punyai keimanan yang hebat) memang mudah tergoda dengan suara merdu wanita walaupun wanita itu tidak langsung berniat untuk menggoda. Maka apatah lagi jika di ketika ia memang berniat untuk menggoda.Saya masih ingat satu ketika di satu universiti, satu mesyuarat sedang berjalan. Saya mempengerusikan mesyuarat.Suasana agak biasa, sehinggalah tiba-tiba seorang mahasiswi memberikan pandangannya kepada satu isu yang sedang dibincangkan.Walaupun mahasiswi itu berada di belakang tabir, tetapi oleh kerana suaranya yang lembut dan lemak gemalai secara semulajadi ( bukan sengaja dibuatnya), semua mahasiswa yang tadinya seperti mengantuk menjadi cergas dan terbeliak mata sambil berubah wajah seperti malu-malu serta cukup tekun mendengar setiap butiran ayat yang keluar dari mahasiswi itu.Entah apa yang merasuk mereka..Habis meeting, seorang dari mereka menyapa saya lalu berkata :"sapa tadi ye ustaz, siswi tadi tu""siswi mana" tanya saya"ala yang suara merdu tu, apa namanya ye ustaz..ehem ehem, terpikat juga saya dengar suaranya" tegaskan tanpa malu-malu.Cuba lihat apa yang terjadi, hanya dengan suara tanpa melihat rupa pun sudah boleh meruntun hati seseorang siswa yang mengaji agama di universiti, apatah lagi jika siswa yang mengaji rempitan di jalanraya. !Teringat Di JordanSaya juga teringat satu hari, ketika saya samapi ke satu universiti untuk memberikan ceramah, ketika itu agak kecoh siswa di sana berkenaan satu vcd nashid kumpulan wanita yang baru sampai dari Malaysia. Saya mendengar bahawa terdapat beberapa bakal-bakal ustaz ini yang berebut-rebut untuk melihat dan mendengarnya. Apabila saya bertanya lanjut tentang hal ini kepada seorang pemimpin mahasiswa, rupanya vcd itu begitu popular kerana penashidnya terdiri dari kalangan anak-anak gadis yang 'ada rupa' serta 'solehah'. Hmm solehahkah mereka ...?Pinjam meminjam pun berlaku dengan hebatnya di kalangan mahasiswa, ada juga yang men 'copy' ke komputer masing-masing. Kemudian timbul aduan dari salah seorang mahasiswa soleh kepada saya bahawa terdapat mahasiswa yang amat asyik dan mengulang-mengulang vcd tersebut.Lihatlah kesannya, adakah ini dakwah ?..baca sampai ke habis, inshaAllah akan mendapat jawapannya.Amaran AllahAllah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِى فِى قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلاً مَّعْرُوفاًErtinya : Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus.Suara Wanita Ketika BeribadahDisplin Islam dalam hal ini boleh dilihat dari perkara di bawah ini :-1) Ingin Menegur Imam semasa solat,Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam dengan menggunakan tepukan sahaja.Hadithnya :-فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم ما لي رأيتكم أكثرتم التصفيق من رابه شيء في صلاته فليسبح فإنه إذا سبح التفت إليه وإنما التصفيق للنساء "Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas) dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)2)Wanita dan azanImam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229 dengan pindaan ringkas)Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali, dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni, 2/68 )3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain atau ketika solat jahar.Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-Mughni , Ibn Quddamah)Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi menggangu ibdaaha wanita itu terbawa kepada kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu disebutkanفرع : صرّح في النوازل بأنّ نغمة المرأة عورة..ولهذا قال عليه الصلاة والسلام : ( التسبيح للرجال والتصفيق للنساء ، فلا يحسن أن يسمعها الرجل . )Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari ‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir, 1/206 )4) Suara wanita dan talbiah HajiIjma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja, demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah, 5/16 )Kesimpulan Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)Maka kumpulan nashid wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang kedua tanpa khilaf. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih. Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata. Apatah lagi kumpulan nashid wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar." tapi ustaz, inikan alternative untuk mereka yang suka tengok penyanyi wanita yang seksi..eloklah mereka tengok kami" mungkin ini sebahagian pertanyaan penyokong kumpulan nashid wanita.Jawapnya, benda yang haram tidak boleh dialternatifkan dengan yang haram juga.Sebagaimana di sebut oleh dalil :-إِنَّ اللَّهَ عز وجل لاَ يمحوا السيء بالسيء وَلَكِنْ يَمْحُو السيء بِالْحَسَنِ إِنَّ الْخَبِيثَ لاَ يمحوا الْخَبِيثَErtinya : " Sesungguhnya Allah SWT tidak akan memadam yang buruk dengan buruk juga, tetapi yang buruk (haram) dipadamkan dengan yang baik (halal) Sesungguhnya yang kotor itu TIDAK boleh mensucikan yang kotor" ( Riwyaat Ahmad, 1/387 : Perawi Ahmad adalah thiqah kecuali sebahagiannya khilaf ; Majma' Az-Zawaid, 10/228 )Justeru, tidak boleh menggantikan penyanyi wanita seksi itu dengan penyanyi nashid wanita. Kerana kedua-duanya haram buat si lelaki bukan mahramnya.Jangan pula ada yang mendakwa kononnya ia adalah bentuk dakwah, TIDAK, Allah tidak akan menjadikan dakwah berkesan melalui perkara haram. Tiada siapa boleh mengatakan ia sengaja minum arak kerana ingin mendakwah rakanya bahawa arak itu buruk.Nabi SAW bersabda :إن الله لم يجعل شفائكم فيما حرم عليكمErtinya : "Allah SWT tidak menjadikan penyembuhan kamu melalui perkara yang diharamkanNya" ( Riwayat Al-Bukhari )Hadith ini menjelaskan tidak boleh mengambil apa jua yang diharamkan oleh Allah SWT untuk dijadikan ubat, kerana Allah tidak akan menjadikan ubat dalam perkara yang diharamkanNya. ( Tuhfatul Ahwazi , 6/168 )Demikianlah dakwah dan pemulihan akhlak dan jiwa manusia, Allah SWT tidak akan menjadinya perkara yang diharamkanNya (melembutkan suara hadapan bukan mahram) sebagai medium dakwah yang berkesan. Ia tidak lain hanyalah untuk komersial dan mengaut untung sahaja.Setiap hasil untung dari jualan kaset nashid wanita dewasa ini juga tidak lain kecuali hasil yang haram menurut sepakat ulama mazhab. Kecuali jika ia khas untuk wanita dan dijual secara tertutup di majlis wanita sahaja. Persembahan juga untuk kaum wanita.Sedarilah kumpulan nashied wanita dan penyanyi wanita yang mendakwa dakwah melalui nashid anda..Ia pasti tidak kan berjaya, usaha itu juga pastinya tidak diterima oleh Allah SWT berdasarkan dalil-dalil yang diberi.BANTAHAN KEPADA ARTIKEL Apabila tulisan ini mula disebar luaskan, maka terdapat suara-suara penyokong nashid wanita yang cuba mengharuskan tindakan mereka dengan memberikan satu hadith berkenaan dua orang hamab wanita yang mempersembahkan nyanyian kepada Aisyah r.a di rumah Nabi SAW.Hadith ini adalah seperti berikut :-عن عَائِشَةَ رضي الله عنها قالت دخل أبو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ من جَوَارِي الْأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتْ الْأَنْصَارُ يوم بُعَاثَ قالت وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ فقال أبو بَكْرٍ أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ في بَيْتِ رسول اللَّهِ وَذَلِكَ في يَوْمِ عِيدٍ فقال رسول اللَّهِ يا أَبَا بَكْرٍ إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَاErtinya : Dari ‘Aisyah r.a berkata : Abu Bakar ( bapa Aisyah r.a ) masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath , lalu asiyah berkata : Mereka berdua bukanlah penyanyi, Berkata Abu Bakar r.a : " Adakah seruling Syaitan di rumah Rasulullah SAW? Maka Rasul berkata : WAhai Abu Bakar, ini adalah hari raya, Bukahri , 1/335Dalam riwayat lain :عن عَائِشَةَ قالت دخل عَلَيَّ رسول اللَّهِ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ فَاضْطَجَعَ على الْفِرَاشِ وَحَوَّلَ وَجْهَهُ وَدَخَلَ أبو بَكْرٍ فَانْتَهَرَنِي وقال مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النبي فَأَقْبَلَ عليه رسول اللَّهِ عليه السَّلَام فقال دَعْهُمَاErtinya :" Dari ‘Aisyah, Rasulullah SAW masuk ke rumah dan dibersamaku dua orang jariah (hamba wanita) dari kalangan bangsa Ansar sedang menyanyi dengan kisah-kisah Ansar ketika hari Bu'ath, maka baginda terus baring dan memalingkan wajanya, maka masuk pula Abu Bakar r.a lalu menegurku sambil berkata, adakah seruling syaitan di sisi nabi SAW, maka nabi terus mendapatkannya lalu berkata : Biarkannya"Secara ringkas, hujjah untuk mengatakan terdapat percanggahan atau harusnya nashid wanita dengan dalil ini adalah tersasar dari kebenaran kerana :-1) Ia dipersembahkan oleh hamba wanita. Maka hukum hamba adalah berbeza dengan hukum wanita merdeka dalam banyak hukum fiqh.2) Dua orang jariah itu digambarkan dalam banayak riwayat lain sebagai bukan penyanyi khas, yang pandai menyanyi dengan teknik menyanyi yang dikenali dengan melembutkan suara, memerdu dan melunakkannya sebagaimana penayanyi profesional. Ini disebutkan melalui nas"وليستا بمغنيتين"Imam An-Nawawi dan Imam Ibn Hajar al-Asqolani mentafsirkannya sebagai :-معناه ليس الغناء عادة لهما ولا هما معروفتان بهErtinya : Maknanya, ia bukanlah nyanyian yang biasa digunakan pada masa itu, dan keduanya juga tidak dikenali pandai menyanyi (Nawawi, Syarh muslim, 6/182 : fath Al-Bari, 2/442)3) Rasulullah juga digambar tidak turut serta menikmatinya tetapi hanya membiarkannya dinikmati oleh ‘Aisyah. Ia juga adalah di dalam rumah Nabi Saw dan bukan di khlayak ramai. Imam An-Nawawi mengulas bahawa Nabi juga disebut berpaling wajah :-وإنما سكت النبي عنهن لأنه مباح لهن وتسجى بثوبه وحول وجهه اعراضا عن اللهو ولئلا يستحيين فيقطعن ما هو مباح لهنErtinya : Nabi senyap dari tindakan itu kerana ia harus BAGI WANITA, dan nabi MENUTUP DENGAN PAKAIANNYA dan berpaling wajah darinya sebagai menajuhi perkara melalaikan" ( Syarah Sohih Muslim, An-Nawawi, 6/183)4) Takrif ‘Jariah' selain bermaksud hamba, ia juga digunakan untuk kanak-kanak wanita belum baligh. Sebagaimana disebut oleh Imam al-Aini & Imam As-Suyuti :-قوله جاريتان تثنية جارية والجارية في النساء كالغلام في الرجال ويقال على من دون البلوغErtinya : Dua orang jariah : disebutkan bagi mereka yang dibawah umur baligh ( Umdatul Qari, 6/269)قوله جاريتان الجارية في النساء كالغلام في الرجال يقعان على من دون البلوغErtinya : Jariah untuk wanita, ghulam panggilan untuk lelaki yang keduanya digunakan untuk mereka yang di bawah umur baligh. (Sindi, 3/194 : Syarhu As-Suyuti li sunan An-Nasaie, 3/197 )Hal ini juga disebut di dalam Awnul Ma'bud :-لأنهما جاريتان غير مكلفتين تغنيان بغناء الأعرابErtinya : kerana mereka berdua belum mukallaf ( belum baligh) lalu mereka menyanyikan lagu-lagu a'rab ( Awnul Ma'bud, 13/181)Justeru, apa lagi hujjah yang boleh diguna untuk mengharuskannya?. Dharurat atau maslahat?..lupakan sahaja.www.zaharuddin.net